Kisah Benar Penderitaan Adik Ahmad Adam Syukri



Ya Allah...hanya perkataan ini yg mampu aku ucapkan tatkala menatap gambar penderitaan adik Ahmad Adam Syukri (adik Adam).


Gambar : wajah adik Adam diawal sakitnya. Masih mampu tersenyum


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ujian ini. Hatiku menangis. Kolam air mataku akhirnya tumpah. Air mataku mengalir deras membaca dan melihat perkembangan adik Adam ini. Ya Allah....tolonglah.

 
Gambar : adik Adam dan ibunya Puan Nora
 

Kalau aku yg kejauhan ini bisa menangis....entah apa lagi ibunya Adam. Ibu kandung kpd anak ini. Seorang wanita muda, cantik telah menerima ujian yg begini berat.  Melihat anak lelakinya yg asalnya dilahirkan sihat, tiba2 sakit begini.....Hanya Allah Maha Mengetahui penderitaan yg ditanggung oleh adik Adam....dan hanya Allah yg Maha Mengetahui perasaan ibu Adam tika ini, perasaan ayahnya....juga ahli keluarga yg lain.


Gambar : Inilah rupa adik Adam yg terbaru
 

Wahai dunia....tolonglah adik Adam ini. Tolonglah tadahkan doa untuknya. Hanya Allah SWT yg mampu menyembuhkannya.
Wahai dunia...tolonglah keluarga adik Adam ini. Tolonglah hulurkan sumbangan kpd keluarganya untuk meringankan beban kewangan mereka. Tolonglah....



Untuk mengikuti perkembangan kesihatan adik Adam ini sila Like facebook Ahmad Adam Syukri.






Admin :
Ya Allah Yg Maha Penyembuh, sembuhkanlah adik Adam ini.
Ya Allah, tolonglah kurniakan rahmat keimanan dan kesabaran kpd ibu dan bapanya dalam menempuh ujianMu ini
Ya Allah dan tingkatkanlah darjat mereka di sisiMu. Aameeen.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah