Mencari Ibu Sesusu Untuk Si Comel
Assalamualaikum wbt...
Sudah lama tidak menulis cerita mengenai si comel...
Hari ini aku terjumpa keluarga Si Comel ini berdekatan dgn
tempat pembuangan sampah di kawasan flat kediamanku...
Sungguh cantik si ibu. Tidak seperti kucing terbiar.
Aku dgn senang hati membawa keluarga ini balik ke flat...
...tanpa memikirkan akibatnya.
Hendak dijadikan cerita...
Si Ibu melarikan diri selepas bergaduh dengan seekor ibu kucing lain di aras yg sama.
Entah apa sebab diorang bergaduh aku pun tak tahu.
Tunggu punya tunggu sampai tengah malam si ibu yg cantik ini tidak muncul2..
Anak2 mengiau kelaparan.
Aku berusaha juga mencari ibu kucing ini di tengah2 malam..
dalam jam 12.00 malam kalau tidak silap aku.
Tiga blok flat aku pusing. Sekuriti guard pun aku tanya. Tidak berjumpa.
Akhirnya...
Aku google di internet TIP2 MENYUSUKAN ANAK KUCING BARU LAHIR.
Dalam aku sibuk2 mencuba tip2 tersebut...
Tiba2 aku teringatkan keluarga si comel ini.
Mereka tinggal di stor tidak jauh dari pintu rumah aku.
Ibu ini khabarnya baru kehilangan 3 ekor anaknya yg baru lahir.
Hanya seekor anaknya yg berjaya hidup.
Keluarga kucing ini milik seorang jiran yg balik kampung..
Ibu kucing inilah yg sebenarnya telah bergaduh dgn ibu kucing yg cantik tadi.
Alhamdulillah...
Si kecil comel dua ekor ini telah mendapat ibu sesusu.
Ibu susuan ini sangat jinak dan sporting. Lega rasanya...
Mudah2an mereka disayangi dan membesar dgn sihat. Ameen:)
Amati gambar2 berikut..
4 ekor anak kucing terbiar bermain2 di dalam longkang
Si Ibu jalan2 cari makan
Lokasi :
Seksyen 6 Shah Alam
Anak Kucing terbiar.
Ada masalah kulit di cuping telinga.
Lokasi :
Seksyen 16 Shah Alam
Kucing dewesa tercedera. Seperti disimbah air panas.
Aku cuba membawa ia ke vet.
Tetapi ia melompat keluar sebalik sahaja aku membuka bonet kereta.
Aku terpaksa membiarkan ia pergi krn aku tidak boleh meninggalkan anak2 di dalam kereta.
Lokasi :
Seksyen 6, Shah Alam
Adik beradik yg comel.
Bersedia untuk diambil menjadi anak angkat selepas bercerai susu.
Umur 1 bulan ++
Lokasi :
Seksyen 16 Shah Alam
ADMIN :
Semua kucing2 di atas telah aku iklankan utk dirawat atau diangkat di KUCING TERBIAR ANJING JALANAN (KTAJ) dan PetFinder....tetapi setakat ini tiada sambutan.
Bagi aku...seorang individu memang tidak boleh menolong semua kucing terbiar...tetapi sekurang2nya kita berusaha untuk menolong seekor dua...mereka juga makhluk Allah. Perlukan tempat tinggal yg selesa dan kasih sayang.
Sesiapa yg berminat utk mengangkat kucing2 di atas...sila email aku di dalilah1409@gmail.com
Alhamdulillah mereka juga makhluk Allahkan perlu di sayangi dan di lindungi..mudah-mudahan mereka ini membantu kita di sana atas ikhsan yang telah kita lakukan..
BalasPadamAlhamdulillah...ank kucing tbiar yg ada mslh kulit telinga telah sembuh slps disapu dgn ubat gamat. Syukur atas rahmat & k/syg Allah;-)
BalasPadamAdik beradik Cumil gmbr Plg bwh tu tlh diangkut org (report cleaner) msa lepak2 kat bwh Keta org. Cian mak Dorg bengkak susu...
BalasPadam