Jumaat, 19 April 2013

Tip Temuduga : Menjawab Soalan 'Trik'



Assalamualaikum wbt...

 
Bulan ini adalah bulan temuduga untuk calon-calon ke IPTA/IPTS. Di sini aku ingin kongsikan sedikit tip untuk adik-adik yg bakal ditemuduga:)
 
Kadang kala penemuduga sengaja mengajukan soalan yg agak  'rumit' untuk dijawab. Contohnya soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya di penghujung sesi temuduga. Penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Jadi adik-adik  janganlah terus panik  atau terlalu teruja sehingga tercerita kelemahan sendiri yg sebenar..
 
.
Tipnya....
 
Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
 
 
Contohnya...
 
 
"Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah..apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan tugas tersebut".

Atau....
 
"Saya seorang yang suka mengkaji dan bertanya, selagi saya tidak menemui jawapan terhadap setiap persoalan terutama berkaitan dengan akademik selagi itu saya akan terus mengkaji dan bertanya pada yg lebih arif "
 
 


Selamat ditemuduga dan Semoga berjaya:)








Admin :
Diedit dari blog TIPS Temuduga. Dapatkan lebih banyak TIP TEMUDUGA di blog ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...