Khamis, 12 Disember 2013

Adam Si Comel Yang Diuji Dengan 3 Penyakit



Assalammua'laikum wbt.. 
(Catatan Puan Azizah binti Mohd Rafi @ Ezzya Ezza Ezzyat)



Mohd Adam Haikal (Adam)..anugerah ALLAH buat Ezza


Adam baru berusia 5 tahun. Nasib Adam tidaklah sebaik anak2 kita yg lain. Adam dilahirkan oleh seorang ibu yg tidak berperikemanusiaan. Ibunya meninggalkannya pada ibu saudaranya sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. 

Bertambah memilukan kerana ibu saudara tempat Adam berpaut juga kurang sihat. Ibu saudaranya mengalami lemah fizikal.  

Nasib malang Adam bertimpa-timpa. Adam dilahirkan dengan kerosakkan kedua2 buah pingang  dan menghidap hydrocephalus. Akibat kerosakkan buah pingang, Adam tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak seusianya.  Dia hanya mampu bergerak mengunakan lutut. Lutut Adam menjadi  lebam dan luka kesan dari pergerakan yg banyak. Menghidap hydrocephalus menyebabkan  cecair  berkumpul di kepala Adam dan membuatkan kepala Adam semakin membesar. Oleh itu setiap 4-5 jam, satu tiub terpaksa dimasukkan di anu Adam utk membuang cecair yg bertakung di kepala Adam. 




Si comel Adam juga disahkan menghidap leukimia dan beta thalasemia tahap 1-2. Seandainya thalasemia Adam tidak kurang @ tidak sembuh, Adam terpaksa ditukar darah. MashaAllah... hebat sunguh ujian Allah buat Adam. 

Di saat kanak2 sebaya Adam bersuka ria ke sana sini bersama keluarga masing2,  Adam menderita menangisi penderitaan ditinggalkan ibu, ditinggalkan ayah. Ibu & ayah kandung Adam tidak pernah mempedulikan Adam... Adam hanya menumpang kasih jiran2 tetangga yang prihatin & ibu saudaranya.

Sadisnya  hidupmu anak.... sakit pening Adam..hanya ibu saudaranya yg tahu....:'(



Ezza bukanlah sesiapa dgn Adam. Kami tiada petalian darah. Namun sebagai seorang hamba Allah yg cukup sifat dan sihat inshaAllah.... hati kecil ini terpanggil utk membantu meringankan beban yg ditanggung Adam. Adam tidaklah mengharapkan apa2 dari kita semua. Adam tidak pernah merunggut. Tidak pernah mengeluh. 

Semasa Adam menetap di Kedah bersama ibu saudaranya...dia selalu terputus bekalan makanan, bekalan susu. Oleh itu Ezza membulatkan tekad membawa Adam tinggal bersama Ezza sekeluarga.

Ezza turut membawa 3 orang lagi adik beradik Adam. Abang Adam iaitu Amirul juga menghidap thalasemia yg kronik. SubahanAllah... berat sunguh ujian Allah buat anak2 ini. Sudahlah ditinggalkan ibu, ditinggalkan ayah, hidup miskin.....Ya Allah. 

Bagi Ezza mereka semua adalah kiriman Allah buat Ezza..dan juga kita semua.

Marilah kawan2.. Tolonglah Ezza untuk menolong anak-anak ini. Hulurkan sedikit sumbangan khasnya untuk keperluan pembesaran Adam demi masa depannya. Walaupun dengan sumbangan sebanyak  RM1.00 sahaja, inshaAllah anda mampu terus membuat Adam tersenyum bahagia. Tolonglah beri ruang dan peluang untuk Adam terus tersenyum.




Ezza berharap sangat ehsan kawan2 di luar sana untuk meringankan bebanan yg ditanggung oleh Adam & adik beradiknya. 

.
Utk pengetahuan semua. Adam kini meneruskan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Ezza juga mengharapkan doa kawan2 supaya  Ezza  terus kuat mental fizikal demi Adam & adik beradiknya . Doakan Ezza terus tabah demi memperjuangkan nasib anak2 ini. InshaAllah  segala amanah ini akan Ezza laksanakan sebaik mungkin.



Paling penting, tadahkanlah doa kesembuhan untuk Adam dan abangnya. 


Segala bantuan, sumbangan dan doa kawan2 di luar sana, Ezza ucapkan setinggi2 terima kasih..hanya ALLAH yg mampu membalas jasa dan budi baik kawan2 semua. Amen.


Muhamad Adam Haikal...
Muhamad Amirul Haikal....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau berilah ketabahan utk anak2 ini...
Kau ringankanlah penderitaannya Ya Allah..
Kau berilah keajaibanMu Ya Allah.
Kau gantikan penderitaan ini dgn keceriaanMu Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Amennn...






Admin :
Admin sangat mengkagumi Puan Azizah binti Mohd Rafi dan suaminya. Mereka telah ada 4 orang anak kandung...namun sanggup mengambil 4 orang anak angkat untuk dibela. Mereka bukan orang kaya tetapi orang biasa yg luar biasa. Mudah2an Allah memudahkan setiap urusan kebaikan keluarga ini dan memurahkan rezeki mereka.

Catatan Puan Azizah ini admin taip semula untuk memudahkan bacaan di blog ini. Mudah2an ianya tidak mengubah mesej yg cuba disampaikan.

Info terkini berkenaan keluarga yg luar biasa ini boleh diikuti di facebook Puan Azizah Ezzya Ezza Ezzyat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...