Catatan

Keluarga Angkat Diperlukan. Ada Sesiapa Berjiwa Penyayang?

Imej
Inilah dia bakal ''anak-anak'' yg hendak diangkat.. Sungguh comel kan....

Tertamuku Yang Comel

Imej
Setiap kali berpindah ke rumah baru aku pasti akan menerima tertamu, binatang kesayangan Rasulullah saw ini. Mereka tidak mampu ditolak. Bukan di dalam rumah, tetapi di luar rumah. Biasanya mereka akan melepak di luar pintu. Hari pertama aku dikunjungi si ibu... Setiap kali ia masuk ikut tingkap, setiap kali itu juga aku/suami akan mengiringi ia keluar ikut pintu depan. Aku bukan tidak sukakan kucing. Aku sukakan kucing. Masalahnya, aku tiada ilmu dalam mendidik kucing untuk membuang hajat di tandas atau di luar rumah. Apatah lagi rumah baru ini aku sekeluarga tinggal di apartmen. Gambar hiasan Rupa-rupanya si ibu ini baru sahaja melahirkan empat ekor baby yang comel-comel belaka. Baby 2 itu ia tinggalkan di bawah kerusi kayu. Naluri keibuanku membuatkan aku mengalah. Aku biarkan si ibu bebas keluar masuk untuk menyusukan anak-anaknya. Apartmen ini ada lima bilik. Kami sekeluarga hanya perlukan tiga bilik. Apa salahnya 'menyewakan' satu bilik lag...

Adik Ferdaus Perlukan RM37,000 Lagi

Imej
Sebenarnya sudah lama aku nak share cerita berkenaan adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy  8 tahun (adik Ferdaus) ini. Namun lantaran kesibukan di tempat kerja membuatkan aku terlupa dan bertangguh. Maafkan akak ya adik. Harap masih berkesempatan untuk membantu dengan berkongsi dan menyebarkan cerita ini. Adik Ferdaus menghidap kanser di kaki kiri tahap empat memerlukan pembedahan dengan segera bagi membolehkan dia meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Adik Ferdaus telah menjalani  tiga rawatan­ kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam (Isnin) adik Ferdaus telah menjalani rawatan kimoterapi kali keempat sebelum menjalani pembedahan. Setakat 14 April, jumlah bantuan terkumpul meningkat kepada RM43,000. Keluarganya memerlukan RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahan tulang titaniumnya. Masyarakat Malaysia yg prihatin hulur2kanlah bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban kewangan mereka :)

Kisah Benar Baraa'a Yang Mengkagumkan...

Imej
p/s selepas membaca kisah ini aku berasa begitu kerdil.

Salam Aidiladha Buat Semua :)

Imej

Updated : Gambar dan Berita Terkini Kes Langgar Lari Kanak2 di China

Imej
Nama kanak2 perempun yg menjadi mangsa kes langgar lari di China pada 13 Oktober lalu ialah Yue Tue (Little Joy). Yue Yue menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Ketenteraan Guangzhou. Yue Yue mengalami 'mati otak' akibat kecederaan teruk dalam kemalangan tersebut. Dia hanya boleh bernafas mengunakan alat bantuan pernafasan. Keadaannya dilaporkan stabil pada mulanya dan kadang kala memberi tindak balas dengan mengerak-gerakkan lengannya.

Video : Kes Langgar Lari dan Kes Pandang Lari Kanak-kanak di China

Imej
Aku sebenarnya 'tak sanggup' nak share  cerita berkenaan kanak2 dan haiwan kat blog neh, sebab kebanyakkan cerita adalah cerita sedih dan menyayat hati...byk cerita yg aku baca dan video yg aku tengok menyebabkan aku marah dan trauma beberapa minggu. Dua hari lalu ada cerita berkenaan bayi cukup sifat dikelar oleh ibunya sendiri di media2 tempatan. Memang meruntun hati. Tak sanggup hendak tengok gambar yg dilampirkan. Memang marah pada si ibu berkenaan krn bersikap tidak waras...tapi dia cuma seorang remaja berusia 16 tahun yg mati akal kerana takut ditinggalkan kekasih. (Al Fatihah buat bayi tersebut. Akhirat nanti kau tuntut 'dendam' pada ibu dan bapa kau yg tidak bertanggungjawab itu okay..) Paling meruntun hati kes langgar lari (campur kes pandang lari) seorang kanak2 perempuan berusia dua tahun di China.