Catatan

Hansem Ahli Baru Keluarga Kami

Imej
"Apa nama panggilannya?" "Hansem" Itu antara dialog aku dgn pekerja di kuanter depan Mesra PetShop semasa menghantar Hansem utk nyahcacing. Hansem adalah keluarga baru kami selepas sekian lama rumah kami tidak menerima tertamu bergelar si comel (anak kucing:-)). Nama Hansem diberi kerana jantinanya jantan dan ia memang hansem. Ini Hansem pada hari kedua di rumahku (25hb Jan) Masa ini ia kecil, kurus dan mulai sakit mata. Dapatkan Bio Aura Untuk Air Yang Lebih Bersih dan Berkualiti:-)

Adam Si Comel Yang Diuji Dengan 3 Penyakit

Imej
Assalammua'laikum wbt..  (Catatan Puan Azizah binti Mohd Rafi @ Ezzya Ezza Ezzyat ) Mohd Adam Haikal (Adam)..anugerah ALLAH buat Ezza Adam baru berusia 5 tahun. Nasib Adam tidaklah sebaik anak2 kita yg lain. Adam dilahirkan oleh seorang ibu yg tidak berperikemanusiaan. Ibunya meninggalkannya pada ibu saudaranya sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia.  Bertambah memilukan kerana ibu saudara tempat Adam berpaut juga kurang sihat. Ibu saudaranya mengalami lemah fizikal.   Nasib malang Adam bertimpa-timpa. Adam dilahirkan dengan  kerosakkan kedua2 buah pingang  dan menghidap hydrocephalus. Akibat kerosakkan buah pingang, Adam tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak seusianya.   Dia hanya mampu bergerak mengunakan lutut. Lutut Adam menjadi  lebam dan luka kesan dari pergerakan yg banyak.  Menghidap hydrocephalus menyebabkan  cecair  berkumpul di kepala Adam dan membuatkan kepala Adam semakin membesar. Oleh itu  s...

Tip Memilih Taska Terbaik

Imej
Baru-baru ini heboh di Facebook dan juga Youtube kisah kanak-kanak didera pengasuh di sebuah taska Taman Melati. ( Klik SINI untuk lebih berita).  Pendedahan seperti ini dalam sentapnya ada juga hikmahnya : supaya kita selaku ibu bapa/penjaga  lebih berhati-hati dalam memilih taska.( Diharapkan pengusaha/pengasuh taska tersebut mendapat hukuman yg setimpal. Paling penting kanak-kanak terbabit pulih fizikal dan mentalnya )  Bukan semua taska adalah TAMAN ASUHAN, banyak taska yang menjadi NERAKA DUNIA bagi anak-anak. Oleh itu adalah penting untuk kita MEMILIH TASKA. Bagaimana memilih Taska Terbaik?   

Tolong Muhammad Shah Mencari Anak-Anaknya

Imej
Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak 13 Jun lalu  apabila dua anaknya iaitu Nordiana berusia 10 dan Shafiz 8 tahun hilang secara tiba-tiba. Nordiana dan Shafiz dilaporkan hilang selepas mengunjungi sebuah kedai serbaneka bersebelahan hotel penginapan mereka di Jalan Ipoh Kuala Lumpur .Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul. Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34 selama hampir dua bulan. Normaliza mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat kehilangan Nordiana dan Shafiz. Sejak tarikh itu Muhammad Shah dan tiga orang lagi anak kecilnya hidup merempat di sekitar Kuala Lumpur dalam usaha mencari Nordiana dan Shafiz. Malang datang bertimpa-timpa apabila anak keduanya Shariz hilang dalam operasi mencari Nordiana dan Shafiz di Chow Kit sejak dua bulan yang lalu. Ya Allah...tabahkanlah hati...

Gambar : Syria Sedang Menderita

Imej
Assalamualaikum wbt saudara2ku...... Saudara kita di Syria sedang menderita. Mereka bukan sekadar digamit maut kerana ditembak, dibom....tetapi juga kerana KEBULURAN akibat dikepung oleh tentera rejim syiah Assad. Bukan sehari. Bukan dua hari...tetapi berbulan-bulan.   Biar gambar berbicara...:'(    

Penduduk Palestin Menderita

Imej
Seluruh dunia kini tertumpu kepada Mesir dan Syria. Tahukah anda bahawa keadaan di  GENTING GAZA Palestin  semakin teruk dari sehari ke sehari?     Sekumpulan penduduk Palestin yg terkandas di sempadan Rafah   Kebanyakan penduduk Gaza menderita selepas kerajaan sementara Mesir menutup sempadan Rafah pada 19 Ogos lalu.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

Imej
Assalamualaikum wbt... Gambar hiasan   Hari ini aku nak berkongsi maklumat tentang Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W . Semoga perkongsian Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W ini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu dan yang bakal menjadi ibu. :-)